Monday, July 28, 2008

Isu Rambut Perempuan dan Unsur Seksual

Imam Hanafi dan Dr. Qardawi mengatakan kita boleh melukis, menggambar dan menatap rambut perempuan dengan syarat lukisan ataupun gambar perempuan itu tidak membangkitkan nafsu syahwat.

Semalam petang, Sifu, Mr. Vovin dan Ustaz Faris mengadakan brainstorming bagi mendapatkan jenis-jenis perempuan yang rambutnya dianggap tidak akan mencetuskan nafsu syahwat pada lelaki yang menatapnya. Rambut perempuan-perempuan itu adalah:

1. Rambut bayi perempuan.

2. Rambut kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh.

3. Rambut perempuan tua.

4. Rambut perempuan gila.

5. Rambut perempuan yang terbaring sakit.

6. Rambut hantu perempuan yang hodoh dan menakutkan.

7. Rambut robot perempuan.

8. Rambut android perempuan yang tidak menyerupai perempuan manusia normal, sebagai contoh android perempuan itu mempunyai telinga tajam, sesungut ataupun kulitnya hijau.

9. Rambut perempuan kartun yang tidak menyerupai manusia biasa, sebagai contoh kartun Flintstone, Simpson, Doraemon dan seumpama itu.

10. Rambut perempuan normal tetapi lukisannya tidak detail, tidak bermutu 'real'.

11. Rambut perempuan normal tetapi dilukis secara silhuet ataupun bayang-bayang dalam kaca.

12. Rambut perempuan normal tetapi dalam kabus, dalam gelap ataupun dalam asap.

13. Rambut perempuan normal tetapi rambut itu tidak normal, sebagai contoh, rambut itu tercacak-cakak macam duri, kerinting macam mi maggi, ataupun disanggul besar macam sarang lebah.

14. Rambut perempuan normal tetapi karekter perempuan itu diherot-perotkan, seperti yang selalu dilukis oleh LAT.

15. Rambut perempuan yang jarang-jarang atau hampir botak kerana penyakit atau kemoterapi.

16. Rambut perempuan yang diikat ketat dan rapat sehingga menampakkan bentuk bulat tengkoraknya.

17. Rambut wanita tua gaya kembang yang ketinggalan zaman seperti kebanyakan menteri wanita, isteri bekas Perdana Menteri, isteri timbalan perdana menteri, dan lain-lain.

18. Rambut perempuan yang mengalami kecacatan jelas kepada kecantikan mukanya hingga tiada kesan ghairah, walaupun rambutnya cantik.

19. Rambut perempuan yang cedera teruk di bahagian muka, ala drama mayat dalam CSI (Kalau yang ini pun boleh ghairah, saya hairan benar).

20. Rambut perempuan yang terkeluar sedikit dari serkup atau anak tudung yang dipakai tanpa tudung. (Masalah leher pula yang putih mulus. Bagaimana?)

21. Rambut perempuan yang dipotong dan didandan menyerupai gaya lelaki.

No comments: